Konsep bandar pintar, juga dikenali sebagai smart city, kini semakin mendapat sokongan yang padu terutamanya daripada negara-negara maju. Konsep ini amat penting untuk kita implementasikan di Malaysia demi memastikan negara kita turut mara dalam mengecapi kemajuan sejagat.
Tambahan pula, mengikut pengiraan yang telah dilakukan oleh Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), urbanisasi di Malaysia dijangka akan mencapai 80 peratus menjelang 2030.
Hal ini seterusnya akan mendatangkan impak yang mendalam buat komuniti penduduk, ekonomi, ekosistem, serta persekitaran fizikal. Meskipun urbanisasi mempunyai pelbagai impak positif, ia juga membawa pelbagai kesan negatif seperti peningkatan populasi miskin bandar, pencemaran alam sekitar, dan kesesakan lalu lintas.
Oleh itu, kewujudan bandar ini di Malaysia amat diperlukan untuk menangani dan menjana penyelesaian sebenar untuk isu-isu kepesatan perbandaran. Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan diskusi tentang konsep bandar ini dengan membincangkan definisi konsep tersebut terlebih dahulu.
Konsep Pembangunan Bandar Pintar
Dalam konteks global, bandar pintar merupakan salah satu pendekatan yang dipraktikkan untuk menamatkan pelbagai masalah urbanisasi di samping meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang kian meningkat, pembangunan perbandaran perlu dijalankan secara cekap dan inovatif.
Manakala, di Malaysia, ia boleh didefinisikan sebagai “bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemajuan teknologi dan inovasi dalam menangani isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan alam sekitar yang mampan dan selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang lebih cekap.”
BACA LAGI: Program Bandar Selamat: Inisiatif Pencegahan Jenayah
7 Komponen Utama Pembangunan Bandar Pintar
Demi pengurusan bandar yang selamat dan efisien, tersenarai di bawah merupakan 7 komponen penting yang perlu anda ambil tahu:
1. Smart Governance
Memperbaiki perkhidmatan kerajaan (awam dan sosial) kepada orang ramai
2. Smart People
Meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar
3. Smart Digital Infrastructure
Menambah kecekapan, produktiviti, dan keselamatan organisasi
4. Smart Economy
Mewujudkan daya saing serta peluang ekonomi yang pelbagai dan inovatif
5. Smart Mobility
Menambah kebolehcapaian melalui kecekapan pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas
6. Smart Living
Mewujudkan tempat kediaman yang serba lengkap terutamanya buat kaum wanita, kanak-kanak, dan warga emas
7. Smart Environment
Mewujudkan persekitaran yang mampan dan lestari dengan gaya hidup rendah karbon
BACA LAGI: Pengenalan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa
Ciri-Ciri Bandar Pintar di Malaysia
Antara ciri utama sebuah bandar pintar adalah pengintegrasian teknologi dan inovasi terkini dengan perkhidmatan bandar untuk menambah baik kuatliti hidup kita semua.
Contohnya, bandar pintar Kuala Lumpur dilengkapi dengan kewujudan pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang lancar. Tidak lupa juga, bandar tersebut perlu mempunyai jaringan capaian Internet yang baik supaya penduduk boleh melayari Internet tanpa gangguan.
Selain daripada Kuala Lumpur, terdapat beberapa lagi kawasan yang telah diiktiraf sebagai bandar pintar di Malaysia. Sebagai contoh, Putrajaya, Cyberjaya, Selangor, dan Iskandar Malaysia.
Proses Pelaksanaan Bandar Pintar
Proses pelaksanaan ini boleh dibahagikan kepada lima prosedur utama:
- Mengenal pasti isu dan cabaran perbandaran di peringkat tempatan
- Menyusun jurang atau masalah utama yang perlu diselesaikan
- Merancang dan mencadangkan strategi, inisiatif, dan langkah penyelesaian
- Perancangan projek termasuklah garis masa, sumber pembiayaan, penandaarasan dan sebagainya
- Pelaksanaan, pemanatauan, penilaian, dan penambahbaikan yang berterusan
BACA LAGI: Jururancang Bandar: Merancang Bandar Yang Lestari Dan Inklusif
Kepentingan Pembangunan Bandar Pintar

- Meningkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing
- Menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran perbandaran
- Memastikan kewujudan alam sekitar yang lestari
- Menggalakkan pengurusan bandar yang lebih efisien dan cekap
- Menghasilkan bandar yang berkualiti dan berdaya huni
- Mewujudkan komuniti yang sofistikated, sejahtera, dan selamat
BACA LAGI: Bagaimana untuk Mendapatkan Kebenaran Merancang di Malaysia?
Bersama Membangunkan Bandar Pintar yang Dinamis, Holistik, dan Bersepadu
Kami berharap bahawa artikel ini telah sedikit sebanyak membantu membuka mata anda tentang kepentingan pembangungan bandar pintar. Di PEQ Consult, kami komited untuk merealisasikan Malaysia yang maju dan mampan dengan perkhidmatan perancangan bandar yang profesional dan berkualiti tinggi.