Laporan Cadangan Pemajuan adalah laporan teknikal yang menerangkan dan menjelaskan tentang cadangan pembangunan yang akan dimajukan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan proses kebenaran merancang. Laporan Cadangan Pemajuan adalah dokumen utama yang disertakan dalam permohonan kebenaran merancang seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 21(1) Akta 172.
Draf Kaedah-kaedah Kawalan Perancangan (Am) pindaan terkini telah menyenaraikan jenis-jenis pemajuan yang memerlukan kebenaran merancang seperti berikut:
Kandungan Laporan Cadangan Pemajuan adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 21A dan Seksyen 21B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172). Ianya hendaklah mengandu perkara-perkara berikut:
Menjadi alat dalam kawalan pembangunan dan perancangan serta menerangkan cadangan pembangunan yang akan dimajukan
Membolehkan PBPT dan pihak yang berkenaan untuk melaksanakan tanggungjwab dan memantau proses perancangan dan pembangunan.
Menyediakan rangka penyelarasan dan sistem penyampaian antara pemaju dengan pihak berkuasa serta semua agensi pelaksana untuk menjamin pembangunan yang mampan
Dijadikan rujukan untuk tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan serta pertimbangan rayuan di peringkat Lembaga Rayuan.
Subseksyen 21C(a) dan 21C(b) memperuntukkan semua pelan, butir-butir, pelan susun atur, dan dokumen lain hendaklah disediakan oleh “seseorang yang kelayakannya ditetapkan di bawah perenggan 58(2)(h); atau seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.”
Perenggan 58(2)(h) meperuntukkan kelayakan orang-orang yang boleh menyedia atau menyampaikan rancangan-rancangan, dokumen-dokumen, butir-butir, dan pelan susun atur bagi maksud-maksud Akta 172 ini.
Subseksyen 13(1) Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 586) memperuntukkan hak Perancang Bandar berdaftar. PEQ Consult merupakan Perancang Bandar berdaftar dan layak menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan.
Bagi melaksanakan fungsi Lembaga di bawah seksyen 8 Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538), Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan bahawa;
Sistem terkini yang digunakan adalah OSC 3.0 Plus iaitu versi ketiga sejak Pusat Setempat (One Stop Centre, OSC) ditubuhkan pada 13 April 2007.
Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menerima permohonan pemajuan dan menyelaras ulasan Agensi Teknikal Luaran (ATL) serta Agensi Teknikal Dalaman (ATD) melalui OSC berdasarkan kawasan PBT masing-masing. Perancang Bandar berdaftar akan membantu anda dalam proses penghantaran Laporan Cadangan Pemajuan, pelan-pelan, dan dokumen sokongan kepada PBT.